Sunday, 20 September 2015

Industri Kecil Sederhana (IKS)







1.    PENDAHULUAN

Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Hal demikian kerana keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan masyarakat yang menpunyai paling ramai usahawan dianggap masyarakat yang paling baik. Keusahawanan telah bermula semenjak manusia tahu akan kewujudan dan kepentingan hidup bermasyarakat dan telah berkembang sepanjang zaman bersama-sama dengan teori keusahawanan itu sendiri (Norita 2010).
Lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerja bagi kaum bumiputra yang merupakan majoriti golongan etnik. Jika adapun kaum bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kelayakkan untuk mendapat kerja lain. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang golongan bumiputera khususnya untuk menjadi keusahawanan sebagai satu kerjaya.
Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.
Berikutan itu berbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengalakkan keusahawanan kepada golongan bumiputera. Penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995. Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar kerajaan untuk terus menggerakkan negara ke arah perindustrian dan perdagangan.

Dasar – dasar ini dengan secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan dari pelbagai kaum. Tiga atau empat dekat yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan merupakan pilihan bagi kebanyakkan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain.
Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekat kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan.
Boleh dikatakan hampir semua manusia di dunia ini ingin menjadi usahawan. Tetapi isunya sekarang, bagaimanakah caranya seseorang itu boleh menjadi usahawan. Dengan pengalaman yang cetek, tiada keupayaan kewangan, tiada hala tuju perniagaan yang ingin dijalankan dan sebagainya mampukah mereka?. Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam perniagaan yang diceburi.

2. TAHAP PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR

Sejak kebelakangan ini, pembangunan IKS luar bandar mula meningkat. Menurut Rahmah Ismail (2009), IKS yang paling pesat pembangunan adalah industri pemprosesan makanan dan diikuti industrI pembuatan, industri bata-bata, industri kayu-kayan, industri simen, industri mekanik, industri pembuatan kasut, industri kraftangan, industri tenunan, industri kejurateraan ringan, industri alat ganti, industri baik pulih komputer dan sebagainya. Menurut Datuk Yunus Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, (Utusan 17 November 2013) telah menyatakan adalah dijangka lebih banyak lagi IKS luar bandar jenis baru yang turut mempunyai potensi untuk berkembang dalam beberapa tahun akan datang. Misalnya, di negeri Melaka terdapat 2,800 pengusaha IKS luar Bandar yang bergiat aktif dan mengusahakan pelbagai produk termasuklah makanan, perkhidmatan dan sebagainya. Kerajaan negeri turut menyasarkan penambahan lima peratus usahawan dalam sektor ini.






3. KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI LUAR BANDAR

Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan  “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS  telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.
Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar.  Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.  Sebagai contoh  kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan  dan lain-lain lagi.  Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan.
Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Industri kecil dan sederhana (IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan sokongan besar IKS. Lebih penting, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini (Majalah Ekonomi,2013).
 Peranan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.
 Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
Apa yang jelas hubungjalin antara pertumbuhan sektor perkilangan dengan perkembangan IKS di Malaysia. Penekanan utama akan diberikan terhadap sumbangan penting IKS kepada pertumbuhan sektor perkilangan dan perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya.

4.    HALANGAN DAN CABARAN IKS LUAR BANDAR

4.1    Tiada Matlamat
Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa setahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaannya anda dalam masa tiga tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun dari sekarang? Matlamat akan menetukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa matlamat yang jelas perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

4.2   Gagal Mengurus Aliran Tunai
Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah peniaga IKS berpendapat wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

4.3   Tidak Berfikiran Jauh
peniaga IKS tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan.  Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin keterbelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. peniaga IKS perlu menambah ilmu pengetahuan dari masa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahaanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.
    
4.4  Kurang Pengalaman
Peniaga IKS menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelangan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.

4.5   Tiada Sistem Mengurus Akaun Yang Efisen
Hal ini menyebabkan peniaga IKS tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai peniaga IKS bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi  

4.6   Kurang Modal Kewangan
Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi  mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelangan dan akhirnya menggagalkan. Walau bagaimanpun modal yang sedikit apabila diurus dengan baik tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang. Walaubagaimanapun akibat latar belakang keluarga yang miskin, kesukaran mendapatkan sumber pembiayaan kerana sesetengah institusi kewangan memerlukan cagaran dan penjamin di samping ada kalanya institusi kewangan tidak berminat menyediakan pembiayaan kepada sesetengah jenis perniagaan.
Selain kekangan itu, kementerian juga mengenal pasti beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada dilema usahawan luar bandar yang masih kurang menonjol di arena antarabangsa, seperti, kualiti produk yang masih rendah atau tidak memenuhi kehendak pasaran, sukar mendapat pengiktirafan GMP, HACCP dan Halal, lokasi premis yang tidak strategik, kekurangan bilangan pegawai pemantau untuk bimbingan usahawan, lokasi golongan miskin tegar yang berselerak dan kurang komitmen golongan miskin tegar untuk menjadi usahawan. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/Memperkasa-usahawan-desa)

4.7   Mengambil Mudah Aspek Persaingan
Peniaga IKS mengambil pendirian rezeki secupak tidak akan jadi segantang. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan di kenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

4.8   Strategi Pemasaran Yang Tidak Berkesan
Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah iainya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan. 

4.9  Perancangan Tanpa Tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil. Pastikan apa yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekirannya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri belajar daripada kesilapan.
Peniaga IKS perlu sedar bahawa banyak cabaran dan kekangan dalam melahirkan komuniti usahawan yang berdaya saing dan mampu mentransformasikan perniagaan mereka menjadi perusahaan yang besar sehingga ke peringkat antarabangsa. Isu ini sememangnya melingkari sektor keusahawanan di peringkat usahawan kecil dan sederhana (SME). (http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana (2015)


5. SISTEM SOKONGAN IKS LUAR BANDAR
Sejak kebelakangan ini, pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan IKS luar bandar turut dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat IKS luar bandar di negara ini. Buktinya, pada tahun 1999, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bantuan kewangan sejumlah RM 750 juta khusus bertujuan untuk memulihkan semula IKS yang juga menerima kesan daripada kegawatan ekonomi.
Tambahan pula, pelbagai ruang dan peluang turut disediakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2013 bagi merangsang serta memajukan IKS ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan usaha kerajaan negeri memperkasakan sektor berkenaan. Menurut Datuk Yunus Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, antara peluang yang disediakan oleh kerajaan termasuklah dana, kursus serta latihan bagi membolehkan orang ramai berkecimpung dalam bidang IKS.
Malah kerajaan turut menyediakan peluang bagi mereka menerokai pasaran dalam dan luar negara menerusi pameran dan promosi produk yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri. Agensi kerajaan seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan (Utusan 17 November 2013).
Selain itu, kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 usahawan IKS untuk memulakan perniagaan mereka pada tahun 2013 (Bernama 9 Februari 2013). Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN) telah banyak memberi sokongan terhadap pembangunan dan perkembangan IKS luar badar. Buktinya kedua-dua agensi tersebut telah memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi program pembiayaan kemajuan perniagaan usahawan kecil di negeri Melaka (Utusan 24 Februari 2013).
Seterusnya, kerajaan persekutuan dan negeri terus memberi sokongan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), penyediaan khidmat pengembangan dan bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, pemasaran dan pengedaran, galakan untuk menceburi IKS luar Bandar serta kemudahan kredit.
Pelbagai karnival anjuran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sabah bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga memberi sokongan terhadap IKS luar bandar.  Ini merupakan platform terbaik untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong.
6. LANGKAH-LANGKAH PEMBANGUNAN DAN PENDORONG  KEJAYAAN IKS LUAR BANDAR.
6.1 Penggunaan teknologi Maklumat dalam meningkatkan pasaran produk
Sehubungan dengan hal itu, aspek cabaran untuk meningkatkan daya saing dalam kalangan pemain IKS tidak boleh dipandang ringan juga. Untuk bersaing di pasaran global, peningkatan dalam daya saing amat diperlukan. Hal ini berkaitan dengan kualiti produk dan pengurangan dalam kos pembuatan. Berkaitan dengan hal ini juga, penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam proses pembuatan dan pengurusan harus diberikan penekanan.(Unit Perancang Ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri (2005)
IKS tempatan perlu meningkatkan penggunaan teknologi maklumat bagi membolehkan mereka meneroka dan bersaing secara sama tara di pasaran global. Walaupun kos penggunaan teknologi maklumat tidaklah murah, tambahan pula untuk mendapat kakitangan yang terlatih di bidang ini agak sukar, sektor IKS perlu menyedari bahawa hal ni merupakan pelaburan yang tidak boleh dielakkan.
6.2 Usahawan IKS perlu perubahan minda dan kepimpinan.
Sehubungan dengan hal ini, apakah set minda yang perlu diubah? Antara yang penting termasuklah bersedia untuk mempelajari perkara baharu. Daya saing bermula dengan keupayaan untuk mempelajari sesuatu yang baharu.  Pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang untuk berfikir dan mengubah sikap mereka dalam menangani sesuatu perkara. Penggerak IKS ialah pengasas atau pemiliknya yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan daya saing perniagaan. Mereka bukan sahaja perlu mempamerkan kepimpinan melalui teladan dan sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu dari pakar industri, bahkan mereka perlu juga menghargai bahawa aspek latihan kakitangan ialah keputusan strategik dan bukan hanya keputusan ad hoc.
Menurut Unit Perancangan Ekonomi (EPU, 2010), Pemimpin dan kakitangan seharusnya menganggap bahawa aspek pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat untuk meningkatkan daya saing yang terhasil daripada arus globalisasi. Pembelajaran yang berterusan akan mendedahkan kakitangan kepada konsep dan pendekatan baharu yang akan mengukuhkan teras kecekapan perniagaan. Pembelajaran bukan sahaja harus juga dilihat berkaitan dengan pendidikan, tetapi juga dilihat sebagai peluang untuk membina jaringan perniagaan yang merupakan unsur penting yang menjamin kejayaan sesuatu perniagaan.

6.3 Perubahan lokasi dan infrastruktur
Pada masa yang sama, banyak IKS di negara ini yang beroperasi di premis yang tidak sesuai yang diperuntukkan bagi premis perniagaan semata-mata untuk kemudahan mereka dan mengelakkan kerumitan untuk mendapatkan premis yang sesuai. Perkara ini dilihat berlanjutan hampir 20 tahun. Hal ini bukan sahaja menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan skim bantuan daripada kerajaan, bahkan menjadi kekangan untuk mengembangkan pernigaan mereka sendiri. Sudah pasti keadaan ini perlu diubah demi manfaat sektor IKS.
Menurut (Nurulhuda 2006) IKS yang melakukan kesilapan sedemikian perlu mengubah lokasi ke premis yang telah ditetapkan, di samping berusaha mendapatkan lesen yang sah, membeli aset yang berupaya menambah keupayaan mereka dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.
6.4   Kuasai Operasi Dan Pemasaran
Di dalam perniagaan, strategi pemasaran amatlah penting. Untuk memastikan seseorang menjadi usahawan IKS Luar Bandar berjaya, mereka perlu mahir dalam bidang pemasaran. Tiada gunanya mempunyai produk yang bagus tetapi kita tidak tahu cara menjualnya. Strategi pemasaran boleh diperolehi daripada pengalaman berniaga kecil-kecilan atau dari pengalaman . Sekiranya kedua-dua bidang ini telah dikuasai oleh seseorang maka beliau telah menjadi separuh usahawan.
Separuh lagi adalah berkaitan lain-lain perkara seperti kewangan, sumber manusia, logistik dan lain-lain. Kenapa gabungan operasi dan pemasaran meliputi separuh daripada perniagaan? Ini kerana dengan adanya produk dan kita mampu menjualnya maka modal akan mudah untuk diperolehi, akan ada tenaga kerja yang akan turut sertai perniagaan kita, pembekal tidak perlu dicari lagi dan sebagainya. Kenapa begitu? Kerana mereka tahu kita ada produk yang mampu dijual yang mendatang keuntungan dan seterusnya memberi keuntungan kepada mereka.  (Berita Minggu 9 September 2007).
Selain dari langkah-langkah yang tersebut di atas, untuk menjadi para peniaga/usahawan IKS yang berjaya, jalan yang singkat atau jalan pintas perlu dielakkan dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Perniagaan yang mengikut peraturan dan etika perniagaan ialah perniagaan yang dilakukan sendiri dengan sepenuh masa. Terdapat tujuh faktor atau panduan bagi membentuk kejayaan seorang usahawan:
i)             Pertama ialah keputusan yang dibuat secara sedar. Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek perniagaan akan Berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing dalam industri yang mereka ceburi.
ii)           Kedua ialah minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi. Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun  tanggungjawab mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang yang telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapai cabaran dalam perniagaan.
iii)         Ketiga, tingkatkan kemahiran atau kepakaran dengan bersungguh-sungguh. Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang Berjaya perlu bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimula secara kecil-kecilan.
iv)         Keempat, belajar daripada pakar-pakar atau orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi. Usahawan IKS boleh bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan perbincangan untuk menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak  mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan.
v)            Kelima, bersedia menghadapi masalah atau risiko. Peniaga IKS perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah dari segi kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi, lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu usahawan perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.
vi)         Keenam, berkebolehan memasarkan produk. Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan. Oleh itu usahawan perlu tahu selok belok perniagaan dan ilmu  yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini.
vii)        Dan yang terakhir ialah jangan cepat kecewa atau mengalah. Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil iktibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan.

Dengan mengetahui kepentingan matlamat ini ianya dapat menjadi petunjuk dan tujuan untuk menghadapi kehidupan. Matlamat ini juga akan menjadi asas kepada penyaluran idea, masa dan tenaga yang berkesan. Dengannya itu, IKS Luar bandar dapat mengelak dan mengurangkan pembaziran masa, tenaga dan kewangan yang menjadi ukuran dalam mengendalikan perniagaan. Sehubungan ini juga matlamat dapat menwujudkan asas keyakinan diri, perasaan bangga dengan kemajuan yang dikecapi yang mempunyai hubungan langsung dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh usahawan terbabit.

 Matlamat adalah penentu utama kepada lahirnya sikap positif dalam diri peniaga IKS yang berjaya. Imej diri merupakan penampilan yang akan dipaparkan oleh seseorang peniaga IKS dinegara ini yang bertujuan untuk menyakinkan individu lain akan keupayaannya dalam perniagaan.
Ini melibatkan bagaimana perkembangan peniagaa IKS dinegara ini berkomunikasi dan mengendalikan sesuatu situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang kritikal. Bersikap terbuka dan berani untuk menerima teguran juga adalah faktor yang mampu mendorong kepada kejayaan seseorang usahawan. Daripadanya ia dapat memperbaiki dan mempertingkatkan potensi diri serta perniagaannya. (Rosdi, 2006).  Sikap untuk mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaan IKS dinegara ini.

6.5   Undang-Undang Dan Peraturan
Peniaga IKS Luar Bandar mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan-peraturan dan akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan. Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Di samping itu semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yang hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Peniaga IKS Luar Bandar juga mesti mematuhi pelbagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain lagi akta. Satu lagi aspek yang memerlukan anjakan set minda dalam kalangan pemain IKS ialah kecenderungan untuk mengelak daripada membayar cukai korporat. Kebanyakan IKS mempunyai kepakaran dalam pengurusan kewangan, malangnya kepakaran itu kadang-kadang disalahgunakan dalam cubaan untuk mengelak daripada membayar cukai melalui perakaunan yang kreatif. (Abdul Malik & Mohaini 1992; Aliasak et al.1993; Ahmad 1993; Nurulhuda 2006).
Hal ini merupakan set minda yang salah dan tidak mungkin dapat bertahan serta boleh menjelaskan pertumbuhan perniagaan dan perkembangannya di peringkat global. Sepatutnya IKS patuh kepada peraturan dan membayar cukai yang berpatutan dengan mengambil faedah daripada insentif, geran dan kemudahan potongan cukai berganda yang ditawarkan oleh kerajaan.


7.   KESIMPULAN

Sejak kebelakangan ini, kesedaran mengenai peranan dan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh pelbagai pihak mula meningkat. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan menekankan pengeluaran hasil pertanian secara komersial yang berintensifkan teknologi moden (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006). Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010) untuk meningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial, meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor IKS melalui pemindahan teknologi, mewujudkan rantaian antara sektor pertanian dengan sektor lain serta menjana sumber pertumbuhan secara lestari (Malaysian Business 2013).
Peranan industri pertanian kecil dan sederhana (IKS) dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar (Nurulhuda 2009). Sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai program untuk meningkatkan pembangunan industri pertanian kecil dan sederhana turut dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat industri pertanian kecil dan sederhana. Ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan import makanan negara tetapi juga untuk merealisasikan matlamat ekonomi negara .
Selain itu, pihak kerajaan juga perlu membuat kursus atau seminar kepada usahawan baru bagi memberi pendedahan kepada mereka untuk memajukan diri dalam bidang keusahawanan. Seorang usahawan yang berjaya akan menetapkan fikirannya kepada matlamat yang hendak dicapai. Dia tidak akan sekali-kali berpaling dari matlamat yang telah disasarkan. Padanya jika mula berfikiran negatif, akan membuka ruang kepada bayangan ketakutan yang boleh membantutkan usaha dan tindakan yang hendak diambil. Dia akan menyingkirkan rasa takut itu jauh-jauh sebelum memulakan langkah penting.
Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT ( Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT akan membantu bakal usajawan menilai kesemua aspek yang akan menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Usahawan yang berjaya juga tidak takutkan kegagalan kerana mereka sudah menanam semangat mengatakan bahawa kegagalan yang datang merupakan pengajaran yang terbaik buatnya. Mereka sudah menyematkan keberanian dan keyakinan yang cukup tinggi dalam hati. Bagi mereka tidak akan ada perkara yang boleh membuatkan mereka mundur dalam mengejar sebuah impian. Segala cabaran dan halangan akan dihadapi dengan sabar dan tabah. Sekali gagal tidak bermaksud sentiasa gagal.
Sebagai peniaga/usahwan kecil perlu percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Amalan pengurusan perniagaan yang paling diutamakan dalam kalangan usahawan tani IKS Bumiputera ialah pengurusan sumber manusia dan memerlukan bimbingan yang berterusan daripada pihak kerajaan.

            https://www.youtube.com/watch?v=lCfVzgaXx4E
https://www.youtube.com/watch?v=EkvdUj9KY3w













       
                                                              

















                                                                      RUJUKAN


BUKU
Adnan, A & Mohamad Dahlan. (2002). Keusahawanan di Malaysia: Keusahawanan Islam. Kuala Lumpur: Prentice Hall Pearson Malaysia.


Halimah Harun. (1996). Pengurusan kewangan sebagai strategi pembangunan         usahawan Bumiputera. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke-21. Fakulti Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan     Malaysia.

Helena Bertie. (1998). Gaya Pengurusan dan Kepimpinan dalam Perniagaan Kecil.          Kertas Kerja. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.

Hisrich, R.D. & Peter, M.P. (1998). Entrepreneurship (4th ed.). Irwin: McGraw Hill.

Ismail Ab Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong. (2009). Budaya      Keusahawanan Panduan memulakan perniagaan. Selangor: Arah Publications.

Khairuddin Khalil. (1996). Keusahawanan Sebagai Kerjaya, Dewan Bahasa dan   Pustaka: Kuala Lumpur.

Norita Deraman. (2010). Keusahawanan Teori dan Praktis, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Noor Alia Kassim. (2002). Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn Bhd.

Rosdi. (2002), Faktor-Faktor Kegagalan Usahawanan Melayu, Majlis Amanah Rakyat,    Johor Bahru.

Rahmah Ismail. (2009). Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Isu Pembiaan, Teknologi dan Pemasaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.




4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete
  3. Adakah anda memerlukan bantuan kewangan segera?
    Bosan menunggu permohonan pinjaman anda di Bank?
    Anda telah mengalami banyak penolakan?
    Kemudian bimbang tiada lagi EQUITY CAPITAL LOAN di sini
    * Pemindahan Sangat cepat ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula 8 bulan selepas anda mendapatkan wang
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun)

    Hubungi kami
    E-mel: homeofequity@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Titanium price per ounce - TITanium Arts
    TINNATIONAL TIPS: titanium armor This is t fal titanium pan a valid offer for international buyers. Get the latest Titanium Prices here. TINNATIONAL TIPS: This is a valid offer for international buyers. Get the latest Titanium titanium vs stainless steel apple watch Prices here. TINNATIONAL TIPS: This is a valid offer for titanium jewelry international ford edge titanium 2019 buyers. Get the latest Titanium Prices here. TINNATIONAL TIPS: This is a valid offer for international buyers. Get the latest Ti Prices here. TINNATIONAL TIPS: This is a valid offer for international buyers. Get the latest TINNATIONAL TIPS: This is a valid offer for international buyers. Get the latest

    ReplyDelete