Bidang keusahawanan merupakan
bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara. Hal
demikian kerana keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi
tonggak kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan
masyarakat yang menpunyai paling ramai usahawan dianggap masyarakat yang paling
baik. Keusahawanan telah bermula semenjak manusia tahu akan kewujudan dan
kepentingan hidup bermasyarakat dan telah berkembang sepanjang zaman
bersama-sama dengan teori keusahawanan itu sendiri (Norita 2010).
Lebih kurang 30 tahun yang lalu, keusahawanan
bukan merupakan satu pilihan kerja bagi kaum bumiputra yang merupakan majoriti golongan
etnik. Jika adapun kaum bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya,
hanya dalam bentuk kecil-kecilan ataupun kerana terpaksa disebabkan kelayakkan
untuk mendapat kerja lain. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan
pada tahun 1970 telah memberi kesedaran dan peluang golongan bumiputera
khususnya untuk menjadi keusahawanan sebagai satu kerjaya.
Menurut Histrich dan Peter
(1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan.
Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggung risiko besar di dalam ‘equity’,
masa dan komitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau
perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira
masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial. Dan
menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi dan kebebasan.
Berikutan itu berbagai langkah telah
diperkenalkan untuk mengalakkan keusahawanan kepada golongan bumiputera.
Penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan
tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995. Wawasan negara
untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga menjurus kepada dasar-dasar
kerajaan untuk terus menggerakkan negara ke arah perindustrian dan perdagangan.
Dasar – dasar ini dengan secara langsung telah
meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan
dari pelbagai kaum. Tiga atau empat dekat yang lalu, kerjaya sebagai usahawan
bukan merupakan pilihan bagi kebanyakkan orang. Ini kerana peluang-peluang
perniagaan tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah
didapati. Malahan tidak salah jika dikatakan bahawa golongan bumiputera yang
menceburi diri dalam bidang keusahawanan adalah kerana terpaksa disebabkan oleh
kegagalan mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang lain.
Bagaimanapun, perubahan dan kemajuan dalam
pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekat kebelakangan ini telah
melahirkan banyak peluang-peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga
mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan.
Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum bumiputera
yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan.
Boleh dikatakan hampir semua manusia di dunia
ini ingin menjadi usahawan. Tetapi isunya sekarang, bagaimanakah caranya
seseorang itu boleh menjadi usahawan. Dengan pengalaman yang cetek, tiada
keupayaan kewangan, tiada hala tuju perniagaan yang ingin dijalankan dan
sebagainya mampukah mereka?. Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas
pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya bersedia untuk berjaya
sebagai usahawan. Namun begitu kita dapati ramai juga yang gagal dalam
perniagaan yang diceburi.
2. TAHAP PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR
Sejak
kebelakangan ini, pembangunan IKS luar bandar mula meningkat. Menurut Rahmah
Ismail (2009), IKS yang paling pesat pembangunan adalah industri pemprosesan
makanan dan diikuti industrI pembuatan, industri bata-bata, industri
kayu-kayan, industri simen, industri mekanik, industri pembuatan kasut, industri
kraftangan, industri tenunan, industri kejurateraan ringan, industri alat
ganti, industri baik pulih komputer dan sebagainya. Menurut Datuk Yunus Rahmat,
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan
dan Koperasi Negeri, (Utusan 17 November 2013) telah menyatakan adalah dijangka
lebih banyak lagi IKS luar bandar jenis baru yang turut mempunyai potensi untuk
berkembang dalam beberapa tahun akan datang. Misalnya, di negeri Melaka
terdapat 2,800 pengusaha IKS luar Bandar yang bergiat aktif dan mengusahakan
pelbagai produk termasuklah makanan, perkhidmatan dan sebagainya. Kerajaan
negeri turut menyasarkan penambahan lima peratus usahawan dalam sektor ini.
3. KEPENTINGAN
DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI LUAR BANDAR
Mutakhir ini, arus globalisasi
yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan yang besar kepada negara
sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah dan mengejar
arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1 Malaysia yang
berpaksikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hal ini
juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan
masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari
hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi
memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS
telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok,
perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS
kepada masyarakat dan negara.
Salah satu kepentingan IKS ialah dapat
meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita
sedia maklum bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar
selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’. Sebagai contoh
kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan dan
lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka
kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain
itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani
serta di karnival-karnival jualan.
Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah
seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk
mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Industri kecil dan sederhana
(IKS) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi
negara. Kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada purata 8.4% setahun
dalam tempoh masa 1989-1994 ternyata tidak akan tercapai tanpa sumbangan dan
sokongan besar IKS. Lebih penting, pertumbuhan sektor pembuatan yang amat
memberansangkan sejak 1980-an telah meletakkan IKS sebagai industri penggerak
utama dalam mempelbagaikan aktiviti di sektor ini (Majalah Ekonomi,2013).
Peranan
dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020
dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh
dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan
cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020.
Secara
umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam meningkatkan
jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing, mewujudkan
distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan meningkatkan
kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun
pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan
teknologi asing.
Apa yang jelas hubungjalin antara pertumbuhan
sektor perkilangan dengan perkembangan IKS di Malaysia. Penekanan utama akan
diberikan terhadap sumbangan penting IKS kepada pertumbuhan sektor perkilangan
dan perkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya.
4. HALANGAN DAN
CABARAN IKS LUAR BANDAR
4.1 Tiada Matlamat
Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang
ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda
dalam masa setahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaannya anda dalam masa
tiga tahun dari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun
dari sekarang? Matlamat akan menetukan arah tuju sesuatu perniagaan. Tanpa
matlamat yang jelas perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk
berkembang.
4.2 Gagal Mengurus
Aliran Tunai
Tiada catatan dan rekod transaksi yang
membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau.
Sesetengah peniaga IKS berpendapat wang masuk adalah keuntungan dan sebagai
pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan,
termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.
4.3 Tidak
Berfikiran Jauh
peniaga IKS tidak berfikiran global dan
futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu
perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang
diberikan mungkin keterbelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai
permintaan yang berkurangan. peniaga IKS perlu menambah ilmu pengetahuan dari
masa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar
keusahaanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar
dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.
4.4 Kurang
Pengalaman
Peniaga IKS menjalankan perniagaan dalam bidang
yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada
bawah biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam
perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelangan dan
pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
4.5 Tiada Sistem
Mengurus Akaun Yang Efisen
Hal ini menyebabkan peniaga IKS tidak tahu kekuatan
sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih
ramai peniaga IKS bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam
perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah mereka gagal memahami bagaimana
sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan
mengelak rugi
4.6 Kurang Modal
Kewangan
Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang
mencukupi mungkin menyukarkan usahawan
berkembang, mengecewakan pelangan dan akhirnya menggagalkan. Walau bagaimanpun
modal yang sedikit apabila diurus dengan baik tidak mustahil rezeki secupak
menjadi segantang. Walaubagaimanapun akibat latar belakang keluarga yang
miskin, kesukaran mendapatkan sumber pembiayaan kerana sesetengah institusi
kewangan memerlukan cagaran dan penjamin di samping ada kalanya institusi
kewangan tidak berminat menyediakan pembiayaan kepada sesetengah jenis
perniagaan.
Selain kekangan itu, kementerian juga mengenal pasti beberapa faktor lain
yang turut menyumbang kepada dilema usahawan luar bandar yang masih kurang
menonjol di arena antarabangsa, seperti, kualiti produk yang masih rendah atau
tidak memenuhi kehendak pasaran, sukar mendapat pengiktirafan GMP, HACCP dan
Halal, lokasi premis yang tidak strategik, kekurangan bilangan pegawai pemantau
untuk bimbingan usahawan, lokasi golongan miskin tegar yang berselerak dan
kurang komitmen golongan miskin tegar untuk menjadi usahawan. (http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/Memperkasa-usahawan-desa)
4.7 Mengambil Mudah
Aspek Persaingan
Peniaga IKS mengambil pendirian rezeki secupak
tidak akan jadi segantang. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri
kerana sudah lama bertapak dan di kenali ramai, tidak berusaha supaya terus
berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan
perkhidmatan.
4.8 Strategi
Pemasaran Yang Tidak Berkesan
Strategi pemasaran yang digunakan tidak
berkesan bagi menarik pelanggan. Malah iainya tidak berjaya mengekalkan
pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi
pemasarannya jauh lebih berkesan.
4.9 Perancangan
Tanpa Tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama.
Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil. Pastikan apa
yang dirancang, diimplementasikan. Apa akan terjadi sekirannya apa yang
dilaksanakan tidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajar
anda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam
perniagaan sekiranya anda membenarkan diri belajar daripada kesilapan.
Peniaga IKS perlu sedar bahawa banyak cabaran dan kekangan dalam
melahirkan komuniti usahawan yang berdaya saing dan mampu mentransformasikan
perniagaan mereka menjadi perusahaan yang besar sehingga ke peringkat
antarabangsa. Isu ini sememangnya melingkari sektor keusahawanan di peringkat
usahawan kecil dan sederhana (SME). (http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana
(2015)
5. SISTEM SOKONGAN IKS LUAR BANDAR
Sejak kebelakangan ini, pelbagai program untuk
meningkatkan pembangunan IKS luar bandar turut dirangka dan dilaksanakan oleh
agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan perkembangan pesat IKS luar
bandar di negara ini. Buktinya, pada tahun 1999, kerajaan Malaysia telah
memperuntukkan bantuan kewangan sejumlah RM 750 juta khusus bertujuan untuk
memulihkan semula IKS yang juga menerima kesan daripada kegawatan ekonomi.
Tambahan pula, pelbagai ruang dan peluang
turut disediakan oleh kerajaan menerusi Bajet 2013 bagi merangsang serta
memajukan IKS ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan usaha kerajaan negeri
memperkasakan sektor berkenaan. Menurut Datuk Yunus Rahmat, Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Negeri, antara peluang yang disediakan oleh kerajaan termasuklah dana,
kursus serta latihan bagi membolehkan orang ramai berkecimpung dalam bidang
IKS.
Malah kerajaan turut menyediakan peluang bagi mereka
menerokai pasaran dalam dan luar negara menerusi pameran dan promosi produk
yang dianjurkan oleh pihak kementerian dan kerajaan negeri. Agensi kerajaan
seperti Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri
Sembilan (PKNNS) turut menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan (Utusan 17
November 2013).
Selain itu, kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan
Usaha Niaga (TEKUN) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 usahawan IKS
untuk memulakan perniagaan mereka pada tahun 2013 (Bernama 9 Februari 2013).
Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Tekun Nasional (YTN) telah banyak
memberi sokongan terhadap pembangunan dan perkembangan IKS luar badar. Buktinya
kedua-dua agensi tersebut telah memperuntukkan sehingga RM50.5 juta bagi
program pembiayaan kemajuan perniagaan usahawan kecil di negeri Melaka (Utusan
24 Februari 2013).
Seterusnya, kerajaan persekutuan dan negeri terus
memberi sokongan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), penyediaan
khidmat pengembangan dan bimbingan meliputi bidang-bidang pembungkusan, pemasaran
dan pengedaran, galakan untuk menceburi IKS luar Bandar serta kemudahan kredit.
Pelbagai karnival anjuran Persatuan Penjaja dan
Peniaga Kecil Sabah bersama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga
memberi sokongan terhadap IKS luar bandar. Ini merupakan platform terbaik
untuk mengetengahkan produk tempatan berasaskan pertanian, selain hasil kraf
tangan unik sebagai cenderamata bagi tarikan pelancong.
6. LANGKAH-LANGKAH
PEMBANGUNAN DAN PENDORONG KEJAYAAN IKS
LUAR BANDAR.
6.1 Penggunaan teknologi Maklumat
dalam meningkatkan pasaran produk
Sehubungan dengan hal itu, aspek cabaran untuk meningkatkan daya saing
dalam kalangan pemain IKS tidak boleh dipandang ringan juga. Untuk bersaing di
pasaran global, peningkatan dalam daya saing amat diperlukan. Hal ini berkaitan
dengan kualiti produk dan pengurangan dalam kos pembuatan. Berkaitan dengan hal
ini juga, penggunaan dan penguasaan teknologi maklumat dalam proses pembuatan
dan pengurusan harus diberikan penekanan.(Unit
Perancang Ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri
(2005)
IKS tempatan perlu meningkatkan penggunaan teknologi maklumat bagi
membolehkan mereka meneroka dan bersaing secara sama tara di pasaran global.
Walaupun kos penggunaan teknologi maklumat tidaklah murah, tambahan pula untuk
mendapat kakitangan yang terlatih di bidang ini agak sukar, sektor IKS perlu
menyedari bahawa hal ni merupakan pelaburan yang tidak boleh dielakkan.
6.2 Usahawan IKS perlu perubahan
minda dan kepimpinan.
Sehubungan dengan hal ini, apakah set minda yang perlu diubah? Antara
yang penting termasuklah bersedia untuk mempelajari perkara baharu. Daya saing
bermula dengan keupayaan untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Pembelajaran dapat mempengaruhi cara seseorang untuk berfikir dan mengubah
sikap mereka dalam menangani sesuatu perkara. Penggerak IKS ialah pengasas atau
pemiliknya yang memainkan peranan yang penting dalam menentukan daya saing
perniagaan. Mereka bukan sahaja perlu mempamerkan kepimpinan melalui teladan
dan sentiasa mempelajari ilmu pengetahuan dan kemahiran baharu dari pakar
industri, bahkan mereka perlu juga menghargai bahawa aspek latihan kakitangan
ialah keputusan strategik dan bukan hanya keputusan ad hoc.
Menurut Unit Perancangan Ekonomi (EPU, 2010), Pemimpin
dan kakitangan seharusnya menganggap bahawa aspek pembelajaran merupakan proses
sepanjang hayat untuk meningkatkan daya saing yang terhasil daripada arus
globalisasi. Pembelajaran yang berterusan akan mendedahkan kakitangan kepada
konsep dan pendekatan baharu yang akan mengukuhkan teras kecekapan perniagaan.
Pembelajaran bukan sahaja harus juga dilihat berkaitan dengan pendidikan,
tetapi juga dilihat sebagai peluang untuk membina jaringan perniagaan yang
merupakan unsur penting yang menjamin kejayaan sesuatu perniagaan.
6.3 Perubahan lokasi dan
infrastruktur
Pada masa yang sama, banyak IKS di negara ini yang beroperasi di premis
yang tidak sesuai yang diperuntukkan bagi premis perniagaan semata-mata untuk
kemudahan mereka dan mengelakkan kerumitan untuk mendapatkan premis yang
sesuai. Perkara ini dilihat berlanjutan hampir 20 tahun. Hal ini bukan sahaja
menjadi penghalang kepada mereka untuk mendapatkan skim bantuan daripada
kerajaan, bahkan menjadi kekangan untuk mengembangkan pernigaan mereka sendiri.
Sudah pasti keadaan ini perlu diubah demi manfaat sektor IKS.
Menurut (Nurulhuda 2006) IKS yang melakukan kesilapan sedemikian perlu mengubah lokasi ke premis
yang telah ditetapkan, di samping berusaha mendapatkan lesen yang sah, membeli
aset yang berupaya menambah keupayaan mereka dan sekali gus membuka peluang
kepada mereka untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.
6.4 Kuasai Operasi
Dan Pemasaran
Di dalam perniagaan, strategi pemasaran amatlah
penting. Untuk memastikan seseorang menjadi usahawan IKS Luar Bandar berjaya,
mereka perlu mahir dalam bidang pemasaran. Tiada gunanya mempunyai produk yang
bagus tetapi kita tidak tahu cara menjualnya. Strategi pemasaran boleh
diperolehi daripada pengalaman berniaga kecil-kecilan atau dari pengalaman .
Sekiranya kedua-dua bidang ini telah dikuasai oleh seseorang maka beliau telah
menjadi separuh usahawan.
Separuh lagi adalah berkaitan lain-lain perkara
seperti kewangan, sumber manusia, logistik dan lain-lain. Kenapa gabungan
operasi dan pemasaran meliputi separuh daripada perniagaan? Ini kerana dengan
adanya produk dan kita mampu menjualnya maka modal akan mudah untuk diperolehi,
akan ada tenaga kerja yang akan turut sertai perniagaan kita, pembekal tidak
perlu dicari lagi dan sebagainya. Kenapa begitu? Kerana mereka tahu kita ada
produk yang mampu dijual yang mendatang keuntungan dan seterusnya memberi
keuntungan kepada mereka. (Berita Minggu 9 September 2007).
Selain dari langkah-langkah yang tersebut di
atas, untuk menjadi para peniaga/usahawan IKS yang berjaya, jalan yang singkat
atau jalan pintas perlu dielakkan dalam menjalankan sesuatu perniagaan.
Perniagaan yang mengikut peraturan dan etika perniagaan ialah perniagaan yang
dilakukan sendiri dengan sepenuh masa. Terdapat tujuh faktor atau panduan bagi
membentuk kejayaan seorang usahawan:
i)
Pertama ialah keputusan yang dibuat secara
sedar. Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap
aspek perniagaan akan Berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih
berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat
mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing dalam industri yang
mereka ceburi.
ii)
Kedua ialah minat terhadap bidang
perniagaan yang diceburi. Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap
positif terhadap kerja ataupun
tanggungjawab mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang
yang telah diceburi. Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam
perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapai
cabaran dalam perniagaan.
iii)
Ketiga, tingkatkan kemahiran atau
kepakaran dengan bersungguh-sungguh. Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari
masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang
kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara
hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang Berjaya perlu
bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk
berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimula secara
kecil-kecilan.
iv)
Keempat, belajar daripada pakar-pakar atau
orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi. Usahawan IKS boleh
bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus, seminar dan perbincangan untuk
menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah
atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang
tidak mendatangkan faedah atau perkara
yang merugikan.
v)
Kelima, bersedia menghadapi masalah atau
risiko. Peniaga IKS perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah dari segi
kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan
iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi,
lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu usahawan
perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.
vi)
Keenam, berkebolehan memasarkan produk.
Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan
boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik
perhatian pelanggan. Oleh itu usahawan perlu tahu selok belok perniagaan dan
ilmu yang berkaitan sebelum menceburi
bidang yang mencabar ini.
vii)
Dan yang terakhir ialah jangan cepat
kecewa atau mengalah. Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang
untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil iktibar
terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan.
Dengan mengetahui kepentingan matlamat ini
ianya dapat menjadi petunjuk dan tujuan untuk menghadapi kehidupan. Matlamat
ini juga akan menjadi asas kepada penyaluran idea, masa dan tenaga yang
berkesan. Dengannya itu, IKS Luar bandar dapat mengelak dan mengurangkan
pembaziran masa, tenaga dan kewangan yang menjadi ukuran dalam mengendalikan
perniagaan. Sehubungan ini juga matlamat dapat menwujudkan asas keyakinan diri,
perasaan bangga dengan kemajuan yang dikecapi yang mempunyai hubungan langsung
dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh usahawan terbabit.
Matlamat adalah penentu utama kepada lahirnya sikap positif dalam diri peniaga IKS yang berjaya. Imej diri merupakan penampilan yang akan dipaparkan oleh seseorang peniaga IKS dinegara ini yang bertujuan untuk menyakinkan individu lain akan keupayaannya dalam perniagaan.
Ini melibatkan bagaimana perkembangan peniagaa
IKS dinegara ini berkomunikasi dan mengendalikan sesuatu situasi yang
melibatkan pembuatan keputusan yang kritikal. Bersikap terbuka dan berani untuk
menerima teguran juga adalah faktor yang mampu mendorong kepada kejayaan
seseorang usahawan. Daripadanya ia dapat memperbaiki dan mempertingkatkan
potensi diri serta perniagaannya. (Rosdi, 2006). Sikap untuk mempelajari sesuatu yang baru dan
tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan juga merupakan faktor yang mendorong
kepada kejayaan IKS dinegara ini.
6.5 Undang-Undang
Dan Peraturan
Peniaga IKS Luar Bandar mesti mengetahui
undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan
perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang,
peraturan-peraturan dan akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan. Pihak
Berkuasa Tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya
telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di
kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah
mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Di samping itu semua perniagaan mesti
didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yang hanya
perlu mendapatkan lesen menjaja daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Peniaga IKS
Luar Bandar juga mesti mematuhi pelbagai akta seperti Akta Perihal Dagangan,
Akta Kawalan harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain lagi akta. Satu lagi aspek yang memerlukan anjakan set minda dalam kalangan pemain
IKS ialah kecenderungan untuk mengelak daripada membayar cukai korporat.
Kebanyakan IKS mempunyai kepakaran dalam pengurusan kewangan, malangnya
kepakaran itu kadang-kadang disalahgunakan dalam cubaan untuk mengelak daripada
membayar cukai melalui perakaunan yang kreatif. (Abdul
Malik & Mohaini 1992; Aliasak et al.1993; Ahmad 1993; Nurulhuda 2006).
Hal ini merupakan set minda yang salah dan tidak mungkin dapat bertahan
serta boleh menjelaskan pertumbuhan perniagaan dan perkembangannya di peringkat
global. Sepatutnya IKS patuh kepada peraturan dan membayar cukai yang
berpatutan dengan mengambil faedah daripada insentif, geran dan kemudahan
potongan cukai berganda yang ditawarkan oleh kerajaan.
7. KESIMPULAN
Sejak
kebelakangan ini, kesedaran mengenai peranan dan sumbangan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) oleh pelbagai pihak mula meningkat. Dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK9), kerajaan menekankan pengeluaran hasil pertanian secara
komersial yang berintensifkan teknologi moden (Rancangan Malaysia Kesembilan
2006). Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010)
untuk meningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui
transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial,
meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor IKS melalui pemindahan
teknologi, mewujudkan rantaian antara sektor pertanian dengan sektor lain serta
menjana sumber pertumbuhan secara lestari (Malaysian Business 2013).
Peranan
industri pertanian kecil dan sederhana (IKS) dalam pembangunan ekonomi negara
cukup besar (Nurulhuda 2009). Sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai
program untuk meningkatkan pembangunan industri pertanian kecil dan sederhana
turut dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam
memastikan perkembangan pesat industri pertanian kecil dan sederhana. Ini bukan
sahaja bertujuan untuk mengurangkan import makanan negara tetapi juga untuk
merealisasikan matlamat ekonomi negara .
Selain
itu, pihak kerajaan juga perlu membuat kursus atau seminar kepada usahawan baru
bagi memberi pendedahan kepada mereka untuk memajukan diri dalam bidang
keusahawanan. Seorang usahawan yang berjaya akan menetapkan fikirannya kepada
matlamat yang hendak dicapai. Dia tidak akan sekali-kali berpaling dari
matlamat yang telah disasarkan. Padanya jika mula berfikiran negatif, akan
membuka ruang kepada bayangan ketakutan yang boleh membantutkan usaha dan
tindakan yang hendak diambil. Dia akan menyingkirkan rasa takut itu jauh-jauh
sebelum memulakan langkah penting.
Sebahagian daripada penyediaan rancangan
perniagaan sebaiknya merangkumi analisis SWOT ( Strengths, Weaknesses,
Opportunities and Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut.
Analisis SWOT akan membantu bakal usajawan menilai kesemua aspek yang akan
menghasilkan keputusan yang lebih bijak. Usahawan yang berjaya juga tidak
takutkan kegagalan kerana mereka sudah menanam semangat mengatakan bahawa
kegagalan yang datang merupakan pengajaran yang terbaik buatnya. Mereka sudah
menyematkan keberanian dan keyakinan yang cukup tinggi dalam hati. Bagi mereka
tidak akan ada perkara yang boleh membuatkan mereka mundur dalam mengejar
sebuah impian. Segala cabaran dan halangan akan dihadapi dengan sabar dan
tabah. Sekali gagal tidak bermaksud sentiasa gagal.
Sebagai peniaga/usahwan kecil perlu percaya
kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka
sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka
sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari
tindakan yang mereka lakukan. Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih
apabila mengalami kegagalan. Amalan pengurusan perniagaan
yang paling diutamakan dalam kalangan usahawan tani IKS Bumiputera ialah
pengurusan sumber manusia dan memerlukan bimbingan yang berterusan daripada
pihak kerajaan.
https://www.youtube.com/watch?v=lCfVzgaXx4E
https://www.youtube.com/watch?v=EkvdUj9KY3w
https://www.youtube.com/watch?v=lCfVzgaXx4E
https://www.youtube.com/watch?v=EkvdUj9KY3w
BUKU
Adnan,
A & Mohamad Dahlan. (2002). Keusahawanan di Malaysia: Keusahawanan Islam. Kuala Lumpur: Prentice Hall
Pearson Malaysia.
Halimah
Harun. (1996). Pengurusan kewangan sebagai strategi pembangunan usahawan Bumiputera. Prosiding
Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Abad
Ke-21. Fakulti Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Helena Bertie. (1998). Gaya Pengurusan dan Kepimpinan dalam
Perniagaan Kecil. Kertas Kerja.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UPM.
Hisrich, R.D. & Peter, M.P. (1998). Entrepreneurship (4th ed.). Irwin: McGraw Hill.
Ismail
Ab Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong. (2009). Budaya Keusahawanan Panduan memulakan
perniagaan. Selangor: Arah Publications.
Khairuddin
Khalil. (1996). Keusahawanan Sebagai Kerjaya, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Norita Deraman. (2010). Keusahawanan Teori dan Praktis, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara
Malaysia.
Noor
Alia Kassim. (2002). Usahawan Sukses, Pustaka Wira Sdn Bhd.
Rosdi. (2002), Faktor-Faktor Kegagalan
Usahawanan Melayu, Majlis Amanah Rakyat, Johor
Bahru.
Rahmah
Ismail. (2009). Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Isu Pembiaan,
Teknologi dan Pemasaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.